01 Ogos 2011

Selamat berpuasa Ramadhan 1432H ^_^


Alhamdulillah esok tani di brunei akan menyambut kedatangan puasa
^____^
Best dan bersyukur dapat berjumpa Ramadhan kali ni...
mudahan tani semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
dalam sama2 menjalankan ibadat puasa dengan lancar
amin....
Azam siti tahun ni nak bykkan memasak untuk family siti
^_^
tahun lepas byk pembaziran berlaku di dapur siti ehe ( Memasak + asyik beli je dalam masa yang sama^,^)
kayo sgt kan haha...
last2 satu dua je dimakan, yang lain ke tong sampah akhirnya
~ hish2 rugi kan uhu~

nak control diri dari ke gerai2 makanan ( hmmm...boleh ke x ni ehe ^,^)
kalau boleh lah, f dapat, memang save byk)
siti ni bila dah tgk (maklumlah mata puasa haha)
mesti nak beli kan
bawa $10, $10 gak hbis
hmmm.....sebenarnya semuanya dalam kawalan diri
^___^
doakan siti berjaya dalam part ni ^-^

Selamat Berpuasa semua
^___^
nanti siti nak share resipi simple n yang pasti lazat di tekak siti
^___^


Sambil2 berpuasa, siti nak diet gak, so siti nak share
pembacaan siti berPuasa sambil berDiet
^_^
Bagus dapat baca info nih..
~tgh semangat ni~


“Puasa dapat membantu individu untuk mengawal pemakanannya. Ia dapat membantu dalam pengawalan berat badan di samping melatih individu untuk lebih berdisiplin pada makanan. Pemilihan makanan semasa bersahur dan berbuka penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap peningkatan atau penurunan berat badan. Pengambilan makanan yang manis, berlemak atau bergoreng boleh menyebabkan peningkatan berat badan,” ujar Pakar Diet Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che ‘ Lah.

Untuk bersahur, disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber .

Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.

“Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang mengandungi serat (juga dapat bertahan agak lama) adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.

Makanan yang cepat dihadam dapat bertahan 4 jam sahaja. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas).

Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin,” tambahnya.

Menurut Nor Lizawati, pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.

Justeru itu, kurangkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam atau masin kerana ini boleh mengakibatkan rasa dahaga pada siang hari.

4 ulasan:

  1. terima kasih Siti sharing info yg sangat berguna ni.. =)))

    BalasPadam
  2. sama-sama cgu ^_^ Slt berPuasa

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut bulan ramadan dan mengerjakan ibadah puasa dengan tabah dan sabar. Semoga amal ibadat diterima olah Allah SWT jua. Amin...

    BalasPadam
  4. ~ Mr Max, sama-sama ^_^ semoga amal jariah tani dalam puasa ani akan diterima ^_^

    BalasPadam