24 Ogos 2011

Resipi - Udang masak 3 rasa ^_^


Alhamdulillah, puasa dah masuk minggu ke 4, nak dekat raya dah ni
debaran makin dekat
^_^

Ya Allah permudahankanlah
urusanku dalam mempersiapkan
tempahan my lovly customer ni
Amin....

x sabar rasanya nak pakai baju baru
rezeki pun bertambah bulan puasa ni
Alhamdulillah....

will, sepanjang berpuasa ni,
pelbagai juadah dah di masak di dapur siti ni, ada ayam, daging, ikan dan udang
~ xde ketam je ehe~

meh try sama-sama my simple masakan ni ^.^

UDANG MASAK 3 RASA ^_^
udang besar (bersihkan)
sedikit serbuk kunyit
minyak

SOS YANG DIGAUL BERSAMA:
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
½ cawan air

1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa


Cara- caranya:

Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan juga cili potong dan gula. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
jika kuah cair, boleh masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.

DONE ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan