03 Disember 2009

Pelbagai Juadah Aidiladha di rumah Siti :)

ni je lah juadah aidiladha dirumah siti huhu maklumlah famili dari KB ada turun ke bandar, memang everytym drg ke rumah,mesti ada special sedikit (banyak kot ehe), ada daging ,ayam,tempe n sayur n sambal telur ( hby requested for these )..alamatnya jadi akhir ta plg ke rumah mertua siti huhu,dalam bz2 mcm 2 pun sempat gak siti baking 2keks huhu erk kemana lah datangnye MASA ni :)..sebelum siti g rumah mertua siti,wow licin bah...pass dah buat masakan kelante ni ehe...sesekali ubah masakan xpe kan, gerenti pass korang buat...mana2 yang rajin buat, jemput2lah antar report kat shout box siti ye ehe..cgu g markah ehe

actually my daging kan siti masak hitam since ada ka anna di barek polis gadong requested, nda tia jadi coz nda sempat berperap daging dimlmnya (bz baking )huhu..adoi...nanti lah lagi nmpaknya siti buat lagi ehe

ok meh layanzz my resepi2 untuk aldiladha kali ani :)



KERUTUK DAGING (MASAKAN KELANTAN)

Bahan-bahan

* 500g daging
* 4 sudu besar rempah kerutuk ada berjual disupermarket)
* 2 sudu cili giling
* 1/2 biji bawang besar
* 3 cawan santan pekat
* 2 sudu besar kicap pekat
* 1/2 keping gula melaka/manisan
* 2 sudu besar kerisik
* [bahan tumis]
* 1/2 bawang besar
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* 3 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang


TEMPE GORENG HITAM

Bahan-bahan

* sebungkus tempe
* 3 biji bwg merah dan 2 biji bwg putih
* lada padi ikut pedas masing2..nak pedas taruh byk ckit
* sebelah limau nipis saiz kecik dan kicap cap kipas udang.

Cara-cara

1. hiris tempe nipis- nipis dan goreng dulu.
2. mayang bawang dan lada kecik.Tumiskan shgga naik bau..
3. masukkan tempe,gaul seketika dan masukkan kicap.
4. lastly,perahkan limau nipis,gaul dan siap....tanpa bahan tambahan yang lain coz rasa kicap dah cukup



SAMBAL TELUR REBUS SITI

Bahan-bahan

* cili kering yang telah di kisar secukupnya
* 4 biji bawang putih di tumbuk
* telur ayam rebus secukupnya
* air asam jawa, garam, gula secukupnyer
* minyak untuk menumis
* Sos Cili sedikit
* air (f mau berkuah, f siti, mesti kering huhu nama pun sambal kan)

Cara-cara

1. tumis bawang putih hingga naik bau
2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
3. masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnya.
4. biarkan garing sampai mesra.
5. bila dah cukup rasa masukkan air.
6. masukkan telur sebiji demi sebiji. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. fuh...sodap



AYAM GORENG PERCIK

Bahan-bahan

* Bahan A
* 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
* Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
* 6 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* ****
* 2 batang serai (dititik)
* 15 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 biji kelapa (diambil santannya)
* asam keping (4-5 keping)
* gula & garam secukup rasa

Cara-cara

1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan