18 Disember 2009

Resepi - Laksa Kari


yang ani versi laksa kari mee halus siti(kehabisan stok mee kuning), laksa kari ani requested by my customer, Anne di Barek Polis Berakas, kan try mencuba laksa ani huhu..

happy jua mendengar ia success membuat ^_^ kan siti ada gtau, coz yang ani, jdi new feberet hby, so siti learned belajar alhamdulillah...success jua akhirnya, ok tani belajar sama2..sapa yang success, let me know k...senang saja ni, gerenti jadi punya ^o^

LAKSA KARI SITI

Mi kuning (dicelur) - ani siti guna mee hoon saja, hbis stok mee kuning huhu
tauge
5 biji tauhu
Fish cake (dihiris)
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
Udang
Ayam (dihiris)
Rempah kari ayam dan 4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
Air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak

Cara:

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Tambah santan cair dan air rebusan ayam.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.

Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge telah dicelur. Tuang kuah kari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan