29 Mei 2010

Resipi - Daging masak Prunes ^_^

actually lama dah siti cari punya cari resipi daging ni
almaklum kadang bila ke pasar malam
mesti bali masakan daging ni
sodap lah
kuahnya melekat kat daging
pekat gitu huhu
bila dah try, senang rupanya hihi
meh try sama-sama
^___^


DAGING PRUNES
Bahan-bahan
600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari - tak le
4 s/b minyak
1/2 cawan air beberapa biji buah prune

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara membuatnya:
- Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
- Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
- Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
- akhir sekali masukkan buah prune.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan