16 Mei 2010

Resipi - Nasi Ayam ^___^

ni untuk my aktiviti masak-masak last weekend
huhu...bz sgt dgn baking
terpaksa yang simple
alhamdulillah sempatlah buat nasi ayam simple
juz ada sup ayam je ehe
simple gilar ^__^
x sangka,menjadi pulak
la...alhamdulillah kenyanglah mkn
bali kat kedai, ciput je ayamnya
f tani buat sendiri, byk ke sikit pun xpe
ehe walhal senang sgt membuatnya

meh layanzz...
^__^


Bahan untuk rebus ayam: 1 ekor ayam Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam Garam Serbuk pati ayam ~ kalau suka 2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan: Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan. * ~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. ~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.

Untuk nasi:
3 cawan beras 5 cawan air rebusan ayam 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk Garam 1 sudu besar majerin 1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan