20 Ogos 2009

Resepi Ayam Goreng Tumis

sekali sekala, masak ayam cara lain...huhu...menu bsungkai kelmarin...sempoi je...makan dlu bru sambung baking hehe...

AYAM GORENG TUMIS

Bahan-bahan ( SeFAMILI )

Bahan2 utk Ayam Goreng (perap bersama selama 1/2 jam)
1 ekor ayam (dicuci dan dipotong saiz sederhana)
7 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
2-3 sudu makan serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
garam dan aji secukup rasa

Bahan2 utk menumis :-
2-3 biji bawang besar - potong bulat2
6 tangkai cili kering - potong dua
1 tangkai daun kari
2 batang serai - diketuk
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk biji jintan putih
sedikit rempah 5 spices
sedikit jus lemon/ blh ganti limau nipis (jika suka)
Minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kurangkan minyak dlm kuali (biar cukup untuk menumis). Tumis kayu manis, bunga lawang, biji jintan manis dan biji jintan putih hingga naik bau.

Masukkan bawang besar, cili kering, daun kari dan serai. Tumis sebentar hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, tambahkan rempah 5spices dan gaul sebati.
Padamkan api dan perah sedikit jus lemon. Gaul lagi dan sedia dihidang!
sanang kan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan