05 Ogos 2009

Tips utk menyediakan masakan seharian

Tips di bawah ani, siti selalu praktikkan dlm aktiviti seharian siti, so siti nk kongsi tips yg memudahkan tani, specially utk seorg isteri n seorg ibu hehe...everyday,siti mesti aturkan aktiviti seharian, coz siti sendiri bekeraja, so kena pandai manage time (hby siti suka mkn drumah hehe), nmpak remeh but mengenangkan keraja tani di dapur, iaitu dlm menjimatkan masa utk memasak.. hopely bermanfaat...

TIPS UNTUK MENYEDIAKAN MASAKAN HARIAN

1. Selalu fikirkan masakan apa yang hendak dihidangkan untuk famili untuk esok hari. Plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Kalau boleh sesuaikan masakan dengan lauk-lauk sampingan lain yang ingin disediakan. Sebagai contoh, Sup Sayur, Daging Goreng Sambal/ Kicap, Ikan Goreng, Sambal Belacan ataupun Sambal Tumis Sardin, Kentang Goreng Sempoi, Telur Dadar/ Telur Mata Lembu dll.

2. siti selalu kisar bahan-bahan seperti bawang putih, bawang besar, cili kering dan simpan dalam Tupperware dan disejukkan dalam peti sejuk. Ini selalu siti lakukan untuk masak dalam seminggu. Insyallah buat masa ini tidak pernah bahan-bahan yang telah dikisar rosak sewaktu ia disimpan dan tidak perlu untuk kita letak bahan pengawet. antara tips yg siti selallu buat, 2 keep lada kisar still fresh, kita put a bit salt kedlmnya...hehe

3. siti juga amalkan jika ada masa terluang time mliat astro, siti akan gunting cili kering dan buang bijinya dan kemudian akan simpan dalam plastik yang kering. Bila siti ingin gunakan siti akan ambil secukupnya dan rendam dengan air panas. siti jarang menggunakan cili boh yang telah siap dikedai kerana nda nyaman rsanya dan bila ditumis tak sedap pada selera siti.

4. Ketumbar biji, jintan semuanya siti sediakan. Sesudah disangai (goreng tanpa minyak) siti akan kisar dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Ini memang dapat mengekalkan aromanya.

5. Even kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih siti simpan dalam Tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Selain itu rempah kari ikan dan daging pun siti simpan dalam Tupperware masuk dalam peti sejuk. Even buah keras, udang kering, ikan bilis pun semua letak dalam peti sejuk. ( byk x ah, kontena dlm esbok siti hehe) looks really nice n berarrange hehe.

6. Untuk memudahkan anda mengetahui bahan yang terkandung dalam Tupperware tersebut boleh anda label jadi mudah untuk anda mencarinya. (suruh sja cik abang kita balikan kontena byk2 utk kemudahan hehe)

7. Bahan basah pula, jika ke pasar gunakan gunting untuk siang ikan. Ia lebih mudah dan cepat dari gunakan pisau, gunakan gunting potong zap zap tepi sisik ikan, ekor ikan dan juga insang ikan. siti suka gunakan gunting sebab lawa jadi ikan tu berbanding menggunakan pisau. then anda bersihkan ikan tersebut dan toskan kasi kering. Kemudian bahagikan ikan tersebut mengikut banyak mana yang akan anda gunakan. Boleh juga gunakan Tupperware untuk simpan ikan atau jika tidak gunakan plastik bersih.

8. Udang juga biasanya akan gunting bersihkan rambu-rambunya dan terus simpan dalam Tupperware. Kalau nak masak nanti siti cungkil udang yang dah keras tu dengan pisau tup terus dia terkeluar tak payah defrost atau rendam dalam air nanti hilang manisnya.

9. Ayam pun siti akan potong 4 dan bersihkan simpan dalam plastik. Bila hendak gunakan baru siti akan potong lebih kecil untuk masak.

10. Untuk sayur-sayuran, siti biasanya nda membersihkan sayur dlu. coz sayur perlu dibersihkan sewaktu hendak dimasak untuk mengekalkan sumber vitamin yang ada.

11. Stok yang perlu mesti ada dalam peti sejuk siti adalah nugget, hotdog, crabfish, french fries, tempura fish fillet n daging burger. Ini dapat sediakan untuk finger foods. Keluarkan stok ini dan goreng dan sediakan dengan cepat dan mudah. Untuk seimbangkan bahan yang telah digoreng, sediakan juga salad yang mudah seperti lettuce, hirisan karot, sayur campur dan gaulkan dengan sos thousand island. Selain ini boleh juga amalkan untuk rebus broccoli dan karot dan berikan famili makan finger foods ini bersama sos cili dan mayonnaise. Makanan yang sihat dan cepat disediakan.

12. Perkara yang sering siti lakukan untuk goreng ikan/ ayam. Setelah keluarkan ikan atau ayam, siti akan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian perapkan. Ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kemudian simpan dalam peti sejuk (bukan freezer). Bila balik keraja, keluarkan ikan/ ayam tdi dan sudah tentu ia tidak keras tapi masih segar dan telah sebati rempah yang telah kita gaulkan. Kemudian bolehlah anda goreng ikan/ ayam a2. Ini banyak menjimatkan masa dari kita tunggu ikan/ ayam tersebut lembut kemudian nak gaul dengan rempah baru hendak menggoreng.

senangkan walaupun quite bkeraja skit, but believe me, tau ambil n masak sja 2 hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan