12 Ogos 2009

Permintaan resepi Kek Cheese yg simple

Atas permintaan customer siti,alwe, ni sit kasi resepi seperti yg diminta...sori xde gmbr coz, masani siti masih bz baking hehe,so blum ada kesempatan nk kasi gmbr since siti x sempt nk buat kek ani huhu...tkut alwe tertunggu hehe, so as my promised, here is the recipe k TQ
PLAIN BAKED CHEESECAKE
Source: Chef Wan's Sweet Treats
Untuk Base4 cawan biskut marie (dihancurkan)
1/2 cawan gula aising
1 cawan kacang walnut, dicincang kasar
1/2 cawan mentega, dicairkan
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan diatas dan tekan ke dalam dasar loyang springform ukuran 22cm. Bakar selama 15 minit pada suhu 175'C dan sejukkan.
Untuk Filling
3 sudu besar serbuk kastad
3 sudu besar air
455 gram cream cheese
1 1/2 cawan gula kaster
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur, diasingkan kuning dan putih1 sudu teh parutan kulit lemon
Cara-caranya
1. Campurkan serbuk kastad bersama air. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan garam, esen vanilla, jus lemon dan pukul lagi sehingga ia sebati.
2. Masukkan sour cream, kuning telur dan parutan kulit lemon. Dalam mangkuk yang berasingan pukul putih telur sehingga ia kaku dan kaup balikkan putih telur kedalam adunan cream cheese.
Tuangkan adunan kedalamm loyang yang telah disediakan tadi dan bakar selama 1 jam pada suhu 170'C.3.
Biarkan cheesecake sejuk sepenuhnya selama 1 jam didalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit. Keluarkan dan boleh dihiaskan atasnya dengan kepingan lemon.
Happy trying...

4 ulasan:

  1. ader gambar x?
    nak tengok la jadi macam maner..

    BalasPadam
  2. dear, ni kek cheese biasa yang ada jual kat bakery, simple je ^__^ ada base biskut marie kat bawah ^_^

    BalasPadam
  3. leh tnyer x...??sour cream 2 yg mane ea....???

    BalasPadam
  4. sit'Z, boleh dear, ehe ada jual kat area bahan sejuk, mayb around kat butter2 4segi ^_^

    BalasPadam