06 November 2009
Resepi - Siti's Mee Hailam :)
My Mee Hailam Daging Version
Have A Nice Jumat harini
wah...bila datang je hari jumat, semangat banar kan keraja...huhu..almaklum, weekend dah datang :)
kan tau feberet siti is mee huhu harini entry turn mee hailam siti lak masuk..ah kan siti nk diet, so tolak nasi...mee?mari....mari...ehe...suka banar f mee kena bagi...ani version simple je tapi SODAP...tu yang penting, simple tapi SODAP...kadang ada masakan simple but rasa kureng...NO...NO...x mo...dalam list dunia dapur kecik siti ani, simple but simply DELICIOUS...da most important thing :)
dah...dah..x mo kan membebel pagini ehe...meh layanzz my mee hailam :)
MEE HAILAM
Bahan-Bahan:
Mee kuning
daging [hiris nipis]
isi ayam [hiris nipis]
udang
sawi hijau [potong kecil]
bunga kubis [hiris]
kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburlah telur ke daun bawang ke ehe kasi up lagi mee tani huhu
f siti, siti suka wat mee hailam ani, kuahnya agak2 pekat sikit..terpulang nk byk kuah, tambah air sikit...
TARAA....jgn jealous mee hailam siti dah siap ehe...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan