Langkah pertama menuju ke arah kebebasan kewangan ialah dengan menyimpan. maklumlah sana sini mendengar masalah terkini, ehe mcmana nk settle kad kredit..hmm...susah nk cakap f mempunyai 2-3 kad kredit, siti sendiri x xpert sgt dalam hal ani, evenpun siti suka shoping dalam masa yang sama siti suka menabung jua hihi, menabung untuk jangka panjang ( masa depan paling penting dari segalnya ryte?)
meh tani kongsi-kongsi makluman yang siti dapat n siti sendiri mempraktikkanya ^_^
1. Peruntukkan suatu nilai tetap sebagai nilai simpanan bulanan.
Cara utama untuk menabung ialah dengan menetapkan simpanan bulanan secara tetap dari pendapatan (atau wang saku/elaun bulanan bagi yang belum bekerja). Kebanyakan nasihat memilih 10% dari jumlah pendapatan bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus, tetapi pastikan anda telah menunaikan semua tanggungjawab anda terlebih dahulu.
Petua yang siti pelajari is
Gaji - Simpanan = Bayar Hutang
bukan
Gaji - Hutang = Simpanan
2. Bonus tahunan/prestasiBonus
merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi setiap pekerja. Tanpa bonus, sebuah kompeni mungkin akan kehilangan pekerja-pekerja hebatnya. Tetapi, adakah berbaloi untuk menghabiskan semua wang bonus hasil susah payah anda selama setahun itu? Huhuhu. Apa kata anda songsangkan PRINSIP MEMBELANJAKAN WANG GAJI anda untuk diaplikasikan ke atas bajet wang bonus anda? Maksud saya, membelanjakan 10% sahaja dan bakinya sebanyak 90% disimpan :) ( kalau siti, siti byk shoping , maklumlah bonus is setahun sekali ja, so siti beli benda yang memang siti idam-idamkan dalam setahun, lama tau siti tunggu bonus huhu..tapi yang penting mesti ada simpanan lebih tym bonus kan, jgn ta di habiskan bonus..iyoo..bek ta mengangkut kedai truz ehe)
3. Elaun tambahan
Kebiasaannya, pekerja-pekerja yang perlu bekerja di luar pejabat akan diberikan elaun tambahan. Di antaranya termasuklah elaun minyak, tol, “mileage”, makan, dan sebagainya. Bukan senang untuk menguruskan wang elaun ini, kerana kebiasaannya anda perlu mengeluarkan belanja sendiri dahulu sebelum membuat tuntutan (atau “claim”) dari kompeni anda. Sesetengah kompeni akan membayar semula tuntutan tersebut selepas sebulan. Sebilangannya hanya akan membayar semula tuntutan tersebut hanya selepas dua bulan. Berhati-hati dengan elaun ini. PERUNTUKKAN DAHULU UNTUK KEGUNAAN BULAN BERIKUTNYA BAGI KEGUNAAN TUGASAN LUAR PEJABAT DARI NILAI TUNTUTAN ELAUN YANG DITERIMA SEBELUM ANDA MENYIMPAN. Tiada gunanya sekiranya anda perlu meminjam wang orang lain kerana tujuan anda menyimpan adalah KEBEBASAN KEWANGAN. ( ni kira elaun lebih, maknanya duit lebih ^_^)
4. Kenaikan gaji tahunan
Saban tahun, kebanyakan syarikat akan menghadiahkan kenaikan gaji tahunan bagi pekerja-pekerjanya. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mentaksirkan semula bajet perbelanjaan bulanan anda untuk disesuaikan dengan gaji baru anda. Idealnya, simpan semua kenaikan gaji anda. Tetapi, dalam dunia sebenar, berikanlah sedikit ruang untuk anda merasai dan menikmati kenikmatan kenaikan gaji tersebut. Anda memerlukan motivasi untuk terus kekal menabung. Peruntukkanlah sebahagian kecil wang anda seperti menghadiahkan sehelai baju baru untuk diri anda sendiri . ( Alhamdulillah keja arah govt ani, seperti tahun mesti ada kenaikan gaji, syukur ^_^)
5. Pendapatan tambahanMenambah wang pendapatan sudah tentulah dapat menambahkan nilai tabungan, SEKIRANYA anda tidak menjolikan ksemua pendapatan tambahan tesebut. Cubalah berniaga kecil-kecilan (“online” atau “offline”) atau menjadi ejen insuran atau menjadi ejen Unit amanah (juga dikenali sebagai “unit trust”) sebagai langkah awal. Sekiranya anda berani, mempunyai modal besar, dan mempunyai ilmu, mungkin boleh melibatkan diri di dalam saham ekuiti, atau hartanah, atau mungkin juga pasaran hadapan.( Like Siti, siti baking-baking sebagai keja sampingan siti,sebatah ani, psssttt, gaji siti ja bpakai, da rest will simpan kat fixed deposit siti, sebenarnya fixed deposit ani is untuk jangka panjang ani, hihi)
6. Menyimpan setiap nilai penjimatan
Simpanlah setiap sen yang berjaya dijimatkan pada setiap kali anda berbelanja. ( ooo yang siti praktikan sebatah ani, siti simpan baki duit syiling dalam tabung ayam siti huhu..ntah aa berapa sen ta udah masani hihi, imagine korang since siti keja 6tahun lepas tapi hairan x pandai penuh ehe,berat plg tapi nda penuh ehe, hairan kan ^_^)
7. Wang syilingHampir semua barang-barang yang dijual bukanlah bernilai genap RM seperti RM1 atau RM10. Kebanyakannya akan bernilai RM1.60, RM10.10, dan sebagainya. Setiap kali kita membuat pembayaran bagi barang-barang ini, kita akan diberi baki wang syiling. Dapatkan sekurang-kurangnya sebuah tabung (atau sebarang botol kosong) untuk dijadikan tabung bagi wang syiling tersebut. Sebagai kiraan mudah, ambil nilai RM0.50 sebagai nilai tabungan syiling harian. Darabkan dengan 30 hari, 0.50*30=RM15 bagi setiap bulan. Untuk setahun, darabkan dengan 12, 15*12=RM180. Hah, siapa nak bagi RM180 kepada anda? (dalam bab ani, siti nda pandai kan kira-kira duit, biarlah lama-lama jadi bukit (",)
8. Bersedekah dan Bayar Zakat
Selain menabung, anda perlu ingat, tiada gunanya mempunyai wang yang banyak sekiranya IA AKAN MENJADI BEBAN DI AKHIRAT KELAK. Bayarlah zakat kerana ia WAJIB. Bersedekahlah kerana di dalam harta anda, Allah telah tetapkan rezeki untuk orang lain. Tetapi, adalah lebih AFDHAL untuk bersedekah kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga telah merapatkan tali silaturrahim sesama keluarga anda, insyaAllah. Jangan bimbang, sedekah dan zakat tidak akan mengurangkan wang anda kerana insyaAllah Allah akan melipatgandakan lagi rezeki anda dan memberkatinya. Amin Ya Allah.Akhir kata, perlu diingat senarai ini bukanlah senarai mutakhir cara menyimpan duit. Ini hanyalah SEBAHAGIAN sahaja dari cara-cara menyimpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda. ( yang ani siti cukup percaya, siti dah alami sendiri, insyAllah pintu rezeki pasti datang tidak terduga ^_^)
Siti - siti nda pernah kan bercita-cita kan jadi jutawan, adoi ma 100tahun pun nda pasti jadi jutawan hihi, nda apa biar tia orang dengan rezeki lebih mereka yang tuhan tetapkan,
cukuplah siti bersyukur hidup bebas hutang dan berkeCUKUPan ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan