03 Mac 2010

Penawar Kepenatan ^_^

Juz kan share here, boleh diamalkan seperti yang disyorkan
maklumlah
tani ni bekeraja so datang kerumah, mesti kerja kat rumah menunggu
adoi Ma...
jgn byk merungut ehe biasalah tugas seorang isteri n at da same seorang ibu
mesti tahap kepenatan lebih dari seorang suami
Ryte? ^_^
meh baca sama-sama
PENAWAR KEPENATAN
Amalkan... Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja,
bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya
Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku?
Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam.
"Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali)dan
'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkanmata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) ,
Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan