24 Mac 2010

Resipi - Udang Masak Merah ^_^


ni aktiviti masak-masak siti last punya last weekend huhu (lama nye) ehe ^_^
bila dah ada kat rumah, masa melepak pun byk, masa untuk memasak pun banyak
so n3 kali ani, siti nk share my simple masakan udang..masak merah memang feberet di rumah siti, cuma sekali sekala dipelbagaikan ^_^
meh layazzzz
UDANG MASAK MERAH
Bahan-bahan:-
1 kg udang (digoreng separuh masak)
2-3 sb cili kering kisar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sudu makanKicap manis
1 sb sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak utk menggoreng dan menumis
1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.
air (siti masak mesti berkuah, sedap makan berkuah-kuah hihi)
Cara-cara:-

Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan cili merah dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
TARAAA siap dah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan