Timun ada pelbagai khasiat & penawar. Kebanyakan org suka memakannya kerana ia dianggap dpt menyejukkan badan. Sebenarnya timun kaya dgn kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita. Jika mengalami sembelit, ia dpt diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari.
Kandungan jus di dlm timun amat mujarab utk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dgn perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid spt gout, reumatik & artritis.Bijinya pula kaya potasium. Cecair dpd bijinya dpt merawat masalah kekerapan buang air kecil.
Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendptkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad.Parutan timun juga boleh digunakan utk rawatan kecantikan spt masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.
Selain itu timun juga dpt menghilangkan masalah bau badan. Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya. Cuci & gosokkan pd bahagian badan yg sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi. Kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dgn menggunakan timun. Caranya,parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pd setiap mlm sebelum tidur. Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dgn timun. Kikis sebiji timun dgn menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Buat sbg bahan minuman dgn mencampurkannya bersama gula & garam. Kacau hingga sebati & simpan dlm peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang & malam.
Buah timun ini ternyata bisa untuk menghilangkan bau badan.
BalasPadam~Dewi, betul dear, siti pernah cuba dengan timun + putih telur...hmmm best rasa badan kita jadinya ^_^
BalasPadam