09 Mac 2010

Resipi- Sup Daging + Brokoli ^_^

taisliur jua kan makan bersup ( memang feberet siti bah, makan mesti ada sup ehe)
truz ta buat yang simple-simple ja mengikut stok dalam esbok siti ehe
TARA..... siap dah untuk lunch ^_^
meh try sama-sama..
jom..

SUP DAGING + BROKOLI

Bahannya-

Daging
Isi Ayam ( kasi ramai lagi ehe)
3 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia di ketuk
1 /2 peket rempah sup 1 peket sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 kuntum kecil brokoli hijau
1/2 labu capsicum merah
Cendawan tin
Daun kari jika suka
daun sup daun bawang dihiris
garam dan perasa secukupnya.


Cara membuatnya.

Rebus daging + isi ayam hingga empuk bersama sup bunjut, halia dan bawang putih (asingkan)Tumis bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang+buah pelaga hingga bawang kekuningan garing. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga naik minyak.Masukkan sedikit air. Kemudian campurkan bahan tumisan dengan rebusan daging. Masukkan brokoli dan capsicum + cendawan. Masukkan garam dan perasa. kemudian Masukkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan