12 Mac 2010

Resipi - My Simple Kue Tiaw ^_^

n3 kali ani, nak makan kue tiaw ^_^
malaz kan makan nasi,
kan try goreng ala-ala thai lagi ^O^
really simple juz mengikut stok yang ada
Hby said sodap sampai pesan
minta buatkan untuk bawa ke ofis nanti ehe
^_^

MY SIMPLE KUE TIAW

kuetiaw
Sosej Daging
1 ikat sawi
1 cawan tauge
2-3 Cili Padi di ketuk
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih dan Cili padi hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan sosej daging, tomato sos dan air. Biarkan sosej lembut sbentar.
4. Masukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai.
Kacau sebentar dan tutup api. pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah ja ...

TARAAA....siap dah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan