04 Mac 2010

HomeMade Daging BurGer ^_^

my version - makan with roti paun ja ehe..simpan cheese sikit sodap lah tu ehe
Assalamulaikum semua
Salam Khamis ( eh kan weeKend tia ^O^)
ehe mengenai n3 siti kali ani
saja nk share feberet yang siti buat
sapa cakap kita x leh buat homemade daging burger sendiri
ani kes luan rajin ehe ^_^
kes malaz memang g kedai ja ni ehe ^_^
HOMEMADE DAGING BURGER
500 g daging/ayam cincang (mince beef/chicken)
1 1/2 cwn breadcrumb
1 biji telur
1 st garam
1/2 biji limau nipis - perahkan dan ambil airnya
1 biji bawang putih - cincang halus
1/2 biji bawang - cincang halus
1 st serbuk lada sulah/ lada hitam
Cara:
1. Bersihkan daging/ayam cincang tadi
2. Masukkan semua bahan kecuali daging/ayam dan breadcrumb dalam mangkuk besar
3. Gaul sebati
4. Masuk daging/ayam cincang tadi dan gaul sebati dengan campuran tadi
5. Masuk breadcrumb dan gaul sebati lagi
6. Kalau adunan terlembik, tambahkan sedikit breadcrumb lagi
7. Bahagikan doh tadi kpd 12 bahagian.
8. Guna tutup botol nescefe (atau yg sewaktu dgnnya) dan plastik bungkusan untuk bentukkan bulatan.
9. Caranya, alaskan tutup dalam tu dgn plastik bungkus tu dan masukkan satu doh kecil tadi. 10.Tekan-tekan sampai mampat
11.Tarik plastik utk keluarkan doh burger tadi
12.Ulang utk doh2 yg lain tu.. kemudian simpan dalam peti ais (tpt beku) sebelum digoreng
13.Masak cam masak daging burger biasa tu..
14.Then bolehlah dihidang sayuran dan roti burger ^_^



Siti - nanti siti nk wat nipis-nipis, will crispy rasanya ehe ^_^
try lah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan