bila nk masak simple, paling simple siti suka masak is NASI GORENG ehe
ni versi nasi goreng kpg, f tani pandai mempelbagaikan, nasi ja pun boleh jadi special ^_^
meh tani try sama-sama k huhu
NASI GORENG KPG
1 mangkuk nasi putih
2 ulas bawang putih
Sedikit bawang merah (bawang putih & bawang merah) - ditumbuk (A)
5 biji cili padi - diketuk
Sedikit garam, sos ikan, & minyak masak
Sedikit ikan bilis halus - digoreng
1biji Telur
Sedikit kacang panjang, sawi atau kangkung
Sedikit kacang panjang, sawi atau kangkung
Seafood - udang, sotong or isi ayam ( tambahan)
Cara membuat
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan (A) dan cili padi.
Masukkan garam, sos ikan, kacang panjang, sawi atau kangkung.
Kemudian masukkan nasi, ikan bilis, udang, telur dan goreng hingga sebati.
Enak dihidangkan dengan sup dan ulam timun.
HO CHAK ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan