18 Mac 2010

Resipi - Daging Masak Hitam II


Assalamualaikum semua
Salam Khamis ( yea..nk dekat weekend dah )
ehe cerita weekend belum lagi habis nk dsharekan ^_^
ni aktiviti masak-masak siti last weekend,
kena pandai manage tym coz mana bz dengan baking n memasak lagi
huhu kdg sampai terduduk, fikir yang mana dulu kena dibuat huhu
siti ni jenis kalu masak, A-Z siti mesti buat
dari potong bawang sampailah gaul mengaul, semua siti yang buat ehe
tu yg nama air tangan kan ^_^
f ada org tolong, nda tia asi ehe ( lainlah katering huhu)
actually benda senang jgn difikirkan susah
nanti susah jua jadinya
bab memasak pun kena positif
insyAllah with Lov tani jua masuk dalam masakan tani ^_^
cari keberkatan dalam berkeluarga ryte?
tu yg lebih afdal ^_^

n3 kali ani nak share masakan daging
last tym, siti dah masak daging masak Hitam
yang ni agak berbeza sedikit
ani version no 2 ^_^
yang version pertama semua bahan beperap semlman
n3 kali ani, ada menggunakan gula melaka
korang will rasa diffrntnya ehe
Jom sama-sama try K ^_^
DAGING MASAK HITAM II
Bahan:
1/2 kilo daging
rempah 4 sekawan - ditumis
2 batang serai - diketuk
6 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - di hiris halus
5 sudu cili kisar (cili boh)
kicap masin
1/2 ketul gula melaka - hancur-hancurkan
2SB kerisik
minyak secukupnya
Siti tambah sikit ubi kentang ( suka sgt nk tambah2 kan ehe)
Cara:
1. Tumiskan rempah tumis bersama serai yg telah di ketuk.
2. Masukkan bahan kisar + cili, diikuti halia yg telah dihiris halus. Tumis hingga garing/naik minyak.
3. Masukkan daging, kicap masin. Masak hingga daging empuk dan air hampir kering.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik
5. Gaulkan sebati. Masak sehingga kering ala-ala rendang.
Siti - Kalau makan dengan nasi beriyani, lagilah SODAP ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan